Wednesday, February 06, 2013

Rock the World 12

Hah, inilah dia post pasal Rock the World 12 yg aku janjikan hari itu, terima kasih kepada produktiviti aku hari ini. Siap kerja by 6pm!! Woohoo!! First time in months!! Hahaha :D

Aku pergi ke Rock the World 12 pada 29 Disember 2012 yg lalu bersama Raja, seorang awek kenalan Raja, Ida kalau tidak silap nama dia, Jurn, dan abang Jurn. Mereka semua datang dari Ipoh, kecuali Ida yg memang dari KL saja, ataupun sebenarnya aku terlalu malas untuk ingat dia sebenarnya datang dari mana, jadi tulis dari KL sajalah. Hahaha. Kami berjumpa di Puduraya dan bergerak dengan menaiki Star LRT ke Masjid Jamek, kemudian berjalan kaki ke Padang Merbok. Ah, menyesal tidak naik teksi saja. Penat wo jalan kaki dalam lebih kurang 15 minit masa matahari sedang tegak atas kepala. Teman2 lain seperti Mono Fuhgawz (maaf, aku cuma ingat nama Facebook saja), kawan beliau Aloi (nama Facebook jugak), Key Din, Syed Aiman, Afiq, Ariz dan ramai lagi pun datang juga hari itu.


OK lah, aku sudah malas mahu tulis. Aku post gambar sajalah. Hahaha. Yg penting, Zip Zieller ialah band terbaik bagi aku pada hari itu walaupun mereka nyanyi tiga lagu saja. Hari itu juga merupakan hari aku yg paling best bagi 2012 sebab Zip Zieller ambil gambar dengan aku. They came to me instead of the other way round okay!!! :D A very awesome thing to end the year with! Woohoo! I didn't really watch the other bands' performances because I was too lazy to deal with the mud. So, yeah. Kbye.


P/S: Kalau korang tertanya-tanya mana pegi gambar-gambar aku atau gambar aku dengan Zip Zieller tu, jawapannya aku sudah remove sebab masa tu aku belum pakai tudung lagi, sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment