Wednesday, June 12, 2013

2013 Tahun Berkat (bagi aku dan orang-orang yg aku sayang)

Ke hadapan Pitty, Bila diingat-ingat kembali, setakat bulan Jun 2013 ni, memang banyak perkara yg menggembirakan berlaku dalam hidup aku tahun ini. Directly or indirectly. Antara yg boleh aku ingat ialah (bukan dalam turutan);
  1. Mama pegi umrah dengan Macik Inah
  2. Suzie bertunang dan sudah pun sah menjadi isteri orang
  3. Faezah & Baen bakal menimang cahaya mata mereka yg pertama
  4. Fatin sambung belajar di Unisel
  5. Abang Zul akan balik beraya tahun ini
  6. Sudah dapat memaafkan orang yg menjadi punca kesedihan dan kehancuran hati aku dulu
  7. Lebih bersyukur dengan apa yg Allah kurniakan pada aku dan keluarga
  8. Hati rasa lebih tenang
  9. Lebih produktif dalam kerja
  10. Dan perkara yg paling besar dan bermakna sekali bagi diri aku sendiri ialah, aku sudah bertudung :-)
Dan sejak aku bertudung ni, banyak perubahan positif (yg berkaitan dengan diri aku sebagai seorang muslimah) yg aku dapat rasakan berlaku (dalaman dan luaran) dan rasanya tidak perlulah aku tuliskan di sini, sebab takut nanti jadi riak pulak. Ini adalah antara perkara-perkara yg menggembirakan aku yg terjadi pada tahun ini. Walaupun tahun ini ialah tahun aku rasa paling pokai, at least bukanlah disebabkan benda-benda yg tidak berfaedah. Itu pun, tidak perlulah aku mention di sini. Iya, memang aku belum bertemu jodoh atau mendapat pekerjaan yg lebih baik (kerajaan) atau mempunyai lesen memandu, apatah lagi kereta mahupun rumah sendiri, tapi dengan izin Allah semua itu akan terjadi juga sooner or later. Maybe sooner than you think. Insha Allah... Kesimpulannya, I feel really blessed. Thank you Allah.

P/S: Sorilah, bahasa rojak lagi. Zzzzz....

Yang benar,
Nurul

No comments:

Post a Comment