Tuesday, June 04, 2013

Lagi Entri Berkenaan Template Blog Aku

Ke hadapan Pitty,

Macam ni, petang tadi kan aku cakap bila aku buka blog aku pakai notebook Lenovo aku tu, background blog aku keluar kan. Jadi, balik rumah tadi lepas habis menikmati nasi putih dengan tomyam campur (yg bila aku sudah habis makan baru aku perasan ada lalat mati dalam tu, celaka), aku pun bukalah blog aku guna notebook aku tuh sebab aku mau cek balik. Tengok2, HITAM LEGAM jak background aku! Arrggghhhh!!! Aku syak ini mesti disebabkan aku clear browsing history (aku memang sudah terbiasa clear browsing history ni sejak aku kerja di Esmerk lagi, bukannya pasal aku surf porno tau!)

Jadi aku dengan meluat tahap gaban dengan background blog aku yg asyik x mahu keluar saja pun uninstall dan install, uninstall dan install, uninstall dan install lah Mozilla Firefox (aku kalau blogging memang lebih suka pakai Mozilla Firefox berbanding Google Chrome), but to no avail. Dan dalam kesakitan hati tu, aku pun usha2 lah templates lain dari websites nih; Shabby Blogs, The Cutest Blog On The Block, dan BlogSkins. Memang comel2 templates yg available, tapi kebanyakannya macam terlalu girly bagi aku. Tapi memang comel, tidak dapat dinafikan. Jadi, aku pilihlah satu template ni;
 

Dan bila aku sudah copy dan paste kan html code layout tu, masa aku mahu preview rupa baru blog aku, tiba2 aku tengok di bahagian template (Live on Blog) tu, ada pulak background aku tuh appear (aku belum save html code yg baru tu). So bila aku view blog aku, voila! Ada pulak. Zzzzz....

Sakitnya hati aku main2 plak background nihhhh... Urrgghhh.... Tau pulak dia takut sebab aku mahu tukar template lain. Sengal. Tapi, disebabkan background aku tu sudah muncul semula, jadi aku pun x jadilah tukar template. Mungkin nanti bila aku sudah mual tengok background aku yg sengal nih barulah aku tukar.

P/S: This is why I rarely blog using Malay, because when I do, my writing is horrible. No, not because I'm not proficient in the Malay language, but because I'm always torn between wanting to use the standard Malay and the tendency to use Sabahan Malay. So there, my justification for preferring English in blogging or Facebooking or tweeting. It's well justified. Right?

Yang benar,
Nurul

1 comment: