Kenapa aku melankolik sangat hari ini? Mungkin sebab cuaca yg mendung selepas hujan? Ah. Salahkan cuaca pulak. Hahaha. Sebenarnya aku mahu menulis tentang kejadian semalam. 8 April 2012. Ya. Apa yg terjadi semalam. Cuma dua orang yg menghantar SMS untuk mengucapkan "Selamat Hari Lahir" pada aku semalam. Seorang itu Faezah dan seorang lagi cuba teka? Ya. The other person was Nasik. (ah memang nda boleh lari dari bahasa rojak lah hahaha. Biarlah! Ini blog aku! Suka hati aku lah!) Walaupun ramai kawan2 yg lain mengucapkan "Selamat Hari Jadi", "Selamat Hari Lahir", "Selamat Hari Tua", "Happy Birthday" dan "Epi Besday" di Facebook, tapi cuma dua orang itu saja yg menghantar ucapan tersebut melalui SMS. Adik2 aku, abang aku, tiada. Ah. Sedangkan mama aku sendiri terlupa yg semalam ialah hari lahir aku. Apa ada hal? This year is really different. Tahun lepas, seperti tahun2 lain, mama tidak lupa untuk menelefon aku di hari lahir aku, adik2 aku siap buat special birthday wish lagi di Facebook, dan Ally juga ada menelefon aku tepat pukul 12 malam. Tahun ini, semua itu tiada. Tahun lepas, pada masa ini, aku masih bekerja di Central Market. Aku ingat lagi, hari itu hari Jumaat. Aku jaga kedai Log Art Gallery di Fahrenheit 88. Nasik datang membawa kek Chocolate Indulgence Secret Recipe untuk aku. Malam itu juga dia berikan aku poster The Strokes yg kononnya dipesan dari Singapura. Tapi, tidak pernah pun aku tampal poster itu di dinding. Haha.
Teringat aku hadiah2 yg dia berikan pada aku tahun2 sudah. Patung kucing, harmonika, boxer Levi's. Hahaha.
Tahun ini pun aku dapat lagi sepotong kek Chocolate Indulgence Secret Recipe dari orang yg sama. Pukul 12 tengah hari, tiba2 Nasik menelefon aku mengatakan yg dia sudah ada di luar pintu rumah aku. Dengan muka yg belum cuci, gigi belum gosok, dan masih berbaju tidur, aku buka pintu dan lihat ada orang sedang menyanyikan lagu "Happy Birthday" untuk aku sambil memegang kek. Walaupun agak terkilan sebab itu bukanlah perisa kek kegemaran aku, aku terharu juga sebenarnya. Walaupun aku rasa agak menyampah bila aku tanya, "Kenapa Chocolate Indulgence?? Awak kan dah tau saya suka cheese cake!", dan selamba jawapannya, "Sebab saya suka Chocolate Indulgence!". Urgh. I rolled my eyes like 5000 times, but it was still better than nothing. Of all people, dia, Mohd Haszuan Ahmad Nazri yg aku benci dan sumpah seranah itulah yg buat semua itu untuk aku. No present this year though. It's OK. Sebenarnya dia agak keberatan untuk membawa aku keluar makan. Alasannya, kerja. Ah. Aku tidak peduli! I just didn't want to be alone on my fuckin' birthday! So at last dia mengalah dan setuju membawa aku keluar makan. Disebabkan dia cuma ada satu helmet pada masa tu, jadi kami pergi ke KL Sentral untuk makan tengah hari dengan menaiki Putra LRT. Aku memilih untuk makan di KFC. Hahaha. Lame right? Tapi entah. I felt like eating KFC at that particular time, so KFC it was. I had Hot n Spicy Snack Plate, with drumstick n thigh (pandai pulak dia order my favourite chicken parts), n he also bought me an egg tart. He rambled about his planned Bali trip this May, and I talked about nonsensical things. We had a stupid little bickering that made us both quiet until we reached my place. He went back home and I spent the rest of the day Facebooking and blogging about The Cranberries concert.
Menyedihkan bukan?
Tetapi, sangkaan aku yg hari semalam akan berakhir dengan tersangatlah bosannya meleset. Nasib baiklah Ezura bawa aku keluar makan malam dan menonton wayang di Mid Valley. Hahaha. Mungkin kasihankan aku sebab cuma duduk di rumah macam orang bangang menatap komputer riba di hari jadiku, hari yg mana aku sepatutnya keluar bergembira meraikannya bersama teman-teman ataupun kekasih. Lol. Aku amat berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan kerana aku masih ada kawan-kawan yg sayangkan aku. Ezura belanja aku makan malam di Secret Recipe, this time with a proper piece of cake that I chose myself, which was Banana Cheese Cake! Nyummyyyy!!! Malam itu diakhiri dengan "Street Dance 2". :D Terima kasih Ezura. Thanks for making my day! Sayang kau! :) Aku rasa, cukuplah aku merepek untuk hari ini dengan ayat aku yg tunggang langgang with the so-called bahasa Melayu baku, Sabahan dan English fusion ini. Hahaha.
No comments:
Post a Comment