Mari aku tolong jawab soalan aku sendiri. Ini kerana, perbuatan orang yg suka buat orang lain perasan tu telah melahirkan suatu perasaan dalam hati si perasan itu. Bagaimana? Dengan perbuatan2 romantis seperti memberikan hadiah mungkin? (hadiah di sini termasuklah coklat, bunga, baju, kek, bla bla bla). Mengucapkan "Aku rindu padamu" setiap pagi, tengah hari, petang, dan malam mungkin? Membawa makan sarapan setiap pagi mungkin? Post lagu2 berkaitan perasaan di FB wall mungkin? Mendendangkan lagu2 kegemaran si perasan itu mungkin?Atau apa2lah. Jadi, kalau orang yg suka buat orang lain perasan tu pernah atau selalu buat salah satu atau semua perkara yg telah disebut tadi, bagitau aku macam mana orang yg perasan tadi tu tidak rasa apa yg dia rasa? Kan? Kawan? Mari aku tanya balik. Kawan apa yg buat benda2 di atas tu untuk kawan? Ada?
Jawapannya ya, ada. Ada orang yg buat benda2 tu untuk kawan2nya. Orang itu ialah jenis orang yg baru aku cakapkan tadilah. Yg buat kepala aku pusing itulah. Ya. Apa yg dia lakukan atau cakapkan pada orang yg perasan itu sebenarnya hanyalah atas dasar kawan. Tidak lebih, tidak kurang. Bagi dia, apa yg dia buat dan cakap itu tiada apa2 makna tersirat pun. Dia ingat apa yg dia buat dan cakap itu tidak akan meninggalkan apa2 kesan kepada si perasan itu. Bagi dia, apa yg dia buat itu sudah biasa dibuat untuk kawan2nya yg lain. Malangnya, si perasan itu tidak tahu pun tentang semua itu. Jadi, tetaplah dia dengan keperasanannya itu. Kerana orang yg sudah buat dia perasan itu pun tidak perasan yg dia sudah perasan. Kasihan kan?
Tolonglah. Berhenti buat orang perasan. Sangat tidak cool, OK. Jangan buat atau cakap sesuatu yg kamu sendiri tidak pasti apa maksudnya. Jangan buat atau cakap sesuatu yg kamu sendiri tidak tahu apa kesannya ke atas orang lain. Jangan buat atau cakap sesuatu jika kamu, wahai orang yg suka buat orang lain perasan itu, tidak bersedia menerima penangan daripada apa yg telah kamu lakukan itu. Dan kamu pula wahai orang yg mudah perasan itu, kawallah perasaan. Perasan itu tiada gunanya. Ibarat menepuk sebelah tangan, tidak berbunyi. So not cool OK. Pfft.
No comments:
Post a Comment