Thursday, July 11, 2013
Entri Yg Sangat Bodoh Hinggakan Aku Tidak Tahu Mahu Tajukkan Apa
Aku tidak faham kenapa kadang-kadang orang sangat berkira untuk berkongsi maklumat yg sebenarnya bukanlah ada apa sangat pun. Aku lagi tidak faham kalau orang itu ialah orang yg aku panggil KAWAN. Soalan semudah, "Eh, 8 darab 8 berapa eh?", misalannya, pun adalah sangat susah bagi orang jenis ini untuk berkongsi jawapannya. Wahai kawan, kenapalah susah sangat bagi kau untuk kongsi maklumat macam gini punya simple dengan aku? Kalau kau yg bertanyakan soalan seperti itu sudah tentu aku akan terus menjawab soalan kau tanpa berfikir panjang atau cakap banyak. Ada apa dengan soalan aku itu? Apa yg kau rasa sensitif sangat dengan soalan mudah seperti itu? Kenapa perlu komplikasikan perkara yg mudah? Kenapa kau tidak jawab saja terus soalan itu sebagaimana aku selalu berbuat begitu untuk kau? Bukanlah aku tidak boleh cari tahu tentang maklumat yg aku perlukan itu dari sumber lain (BACA: Internet), tapi alangkah bagusnya kalau kau boleh saja berikan jawapan itu pada aku seperti seorang KAWAN. Because I didn't ask for the information I needed from an information counter in the first place, I asked YOU, someone I call a FRIEND, so why can't you just answer my question like one? Now I wish I had gone to the "information counter" instead of you so I will never have to feel this way, which is stupid.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment