The first thing that I bought was roti jala. Satu bekas tu RM2. Pastu aku beli nasi kerabu pulak. Tengok macam sedap jak brader tu beli. Jadi aku pun teringin. RM6 dengan lauk ayam dan telur masin. Boleh tahan mahal jugak lah. Semalam pergi bazar dengan Syira dan Atiqah, aku beli nasi putih separuh, daging masak kicap dan gulai terung RM4.50, pastu kuih 3 biji RM1.20 dan air tebu satu botol kecil RM2.50. Jumlah total RM8.20. Ah, apa mau heran. Zaman sekarang semua benda mahal. Kotak pun orang boleh jual dengan harga RM1. Zzzz....
Malam ini nampaknya aku terpaksa skip tarawih lagi. Aku mau sambung pack barang2 aku. Bukan apa. Selagi aku tidak setelkan packing ni selagi tu kepala aku berserabut. Di luar memang aku nampak tenang dan damai, tapi hati dan kepala aku ni tidak akan tenang selagi aku tidak setelkan benda ni. Buku2 aku sudah aku pack dalam kotak semalam. Ngam2 penuh satu kotak air mineral Spritzer tu. Tinggal pakaian dan barang2 lain yg tidak berapa penting tapi cukup "penting" untuk aku bungkus dan bawa balik ke Kota Kinabalu. Ah, cepat2 lah benda ni setel, supaya aku boleh buat kerja dengan tenang. 4 Ogos tinggal berapa minggu jak lagi. Hujung minggu ni dan hujung minggu depan I will be busy "entertaining" Fatin and mama. Nasib baik jugalah mama datang minggu depan, boleh aku minta dia tolong bawakan barang aku sekurang2nya satu beg. Huh. Pening pening.
On a happier note, juadah bersungkai hari ini akan ditambah dengan Chocodate Yusuf Taiyoob buah tangan dari Faezah. :D She just got back from Perlis this afternoon. I feel pretty tensed today, but just looking at the nice box of the chocodate is enough to make me smile and feel grateful for the good things in my life. Alhamdulillah... Thank you Faezah. Semoga murah rezeki awak dan suami. :-)
Oklah, mau sambung kerja. Solat Asar pun belum ni. Adoi.
No comments:
Post a Comment